Tuesday, November 4, 2008

motivasi

BURUK SANGKA MEMBAWA BENCANA(1)

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala laranganNya, mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan orang yang paling bertakwa.
Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut memusnah individu lain sebagai mangsanya.

Buruk sangka juga tidak lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang lain sebagai pakej pelengkap, seperti hasad, dengki, marah, sombong, bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat-sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa sibuk mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "Zikirullah". Ketahuilah!, dengan "Zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".Ar-Raad ayat 28Buruk sangka yang dimaksudkan disini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat Mazmumah yang lain bersarang dihati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya.

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya menyatakan:"......ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya, dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah itulah yang dikatakan hati".Riwayat Al-Bahari MuslimBuruk sangka dibahagikan kepada dua jenis:

1- Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar dan memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.

2- Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah kedudukan seseorang.Walau apa pun tujuannya, buruk sangka tetap memberi infak yang sangat nagetif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka.
Dengan sebab itulah,Islam sangat melarang dari berprasangka.

No comments: